Wednesday, 28 September 2011

Warna Warni Aidilfitri 2011

Hari genaplah 30 Syawal 1423H..tapi aku rase tak puas lagi beraya....dah ler raya tahun nie beraya tanpa Mr. Hubby disisi...sedih sangat...sayu & hiba d'pagi 1 Syawal tu..tapi kdg rase diri ni bak kata pepatah 'ALAH BISA TEGAL BIASA'.....beraya tanpa suami.....(mcm mak aku dlu pon slalu beraya tanpa abah kami d'sisi kerana berada di medan perjuangan...abah sy PDRM...)

cmner pon aku tetap beraya gak ngan anak2, mak, abah, along, kak ila, ajim, pzol, acap & adik.....

tema raye tahun nie biru....baju nie pilihan adik....tp mmg cantik gilos...taste adik mmg terbaek.....
b4 teruskan aktiviti beraya d'pagi 1 syawal...kitorang pi kdai gmbr..snap pic studio..nie sume idea mak..tp amik gmbr ladies ajer....sbb nk amik gmbr 1 family x cukup sorang....my Mr. Hubby....hehehe

Mama & Wawa
sementara tggu turn hamek pic.....

kami 3 beranak ajer.....papa x dpt cuti raye...wawa sedey ker tu sayang??

 1st raye wif Darwish.....

Darwish berbaju melayu....sungguh comenn (bak kata anak sdare aku 'Ajim' yg pelat huruf 'L')hehe...


Inilah wajah Putera&Puteri ku yg ber hari raya tahun nie tanpa Papa tersayang coz Papa x dpt cuti raye...x per sayang next year InsyaAllah kiter beraya bersama2 k.....

But to all my dear frens yg jemput aku n family pi Open House for dis year tq beri beri much kwn2...tp I'm so sorry if x dpt pi Open House uolls coz kesibukan hubby d'tambah pula ngan baby yg masih kecik harap2 kwn2 faham. Insya Allah kita jmpe next year eh....

Last but not least....
SALAM AIDILFITRI
MOHON MAAF ZAHIR & BATIN.....





Wednesday, 14 September 2011

Untuk Renungan Bersama.....

" Saya sangat suka dengan ESP dan Ostematrix Shaklee. Selepas saya amik dua ni selain set B, breast saya senang bengkak. Alfalfa tak serasi dengan anak saya, dia senang cirit. kalau saya amik lebih dari 2 biji.

Ini komen seorang pengguna set B.
Pada mulanya beliau cuma seorang pengguna set B. Tetapi kerana kawan-kawannya dah mencuba ESP dan ada yang dah makan Ostematrix, kawan ni teruja dan membeli.

Saya pun terangkan seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini bahawa komposisi utama dalam susuibu ialah protien dan kalsium diikuti oleh semua zat mineral yang lain untuk pembesaran dan pertumbuhan si anak.

Bagi yang tak tahu, protien diperlukan untuk bina sel. Sel membentuk organ, seterusnya dari organ terbentuklah sistem. Kalsium diperlukan dalam pembentukan saraf dan tulang serta darah. Zat mineral lain diperlukan dalam proses pertumbuhan dan pembesaran.

Hakikatnya susuibu adalah yang terbaik kerana ia satu pengikat kasih ibu dan anak, kesinambungan pengaliran makanan selepas anak dilahirkan. Bertambah hebat jika ia cukup dengan nutrisi yang diperlukan oleh si anak untuk membesar.

Kata kawan saya seorang doktor :


" Perasan tak, syarikat  susu formula berlumba-lumba untuk menambahkan formula ke dalam susu mereka yang kononnya bagus untuk otak anak dan kesihatan si manja? Susu formula yang mahal, yang bertaraf gold dikatakan kaya dengan banyak folik asid, zat besi, carotene yang bagus untuk pertumbuhan otak dan pembesaran anak.  


Jadi kenapa ibu yang menyusu tidak mahu berusaha memastikan susuibu yang disalurkan kaya dengan nutrisi dan bagus untuk pembesaran otak anak dan pertumbuhannya? Susuibu adalah terbaik dan adalah lebih baik apabila si ibu menjaga pemakanannya."

Mungkin ada sesetengah melihat , alah vitamin jek pun....tetapi tanpa disedari vitamin ini tidak kita titikberatkan dalam makanan seharian. Sebagai contoh asid folik, memang ada dalam banyak makanan, tetapi adakah pengambilan itu benar-benar mencukupi untuk keperluan badan kita seterusnya untuk diberi/ disalurkan kepada anak tadi melalui susuibu?  Begitu juga dengan zat besi, adakah anda pastikan makanan harian anda kaya dengan zat besi?

Tepuk dada tanya selera. Pada pendapat saya secara peribadi : memberi anak susuibu bukan salah satu jalan jimat tetapi lebih kepada ikatan kasih sayang dan hati anak yang dibentuk dari darah ibu sendiri. Saya sendiri menyusu anak lebh dari dua tahun, namun saya membelanjakan duit saya kepada vitamin supaya anak saya membesar dengan baik dan mengharap agar hatinya mudah dibentuk.

Saya pegang pada kata-kata : Duit boleh dicari, dan setiap anak dilahirkan dengan rezekinya....banyak keinginan saya dulu saya bantutkan kerana duit saya habiskan kepada vitamin, tetapi bila mereka dah besar dan menyusu dengan lengkap, memberi satu kepuasan pada saya. Segala keinginan saya lenyap dengan kepuasan :)


Balik pada diri ibu....anak adalah anugerah terindah. Bayangkan berapa ramai pasangan yang telah lama berumahtangga yang masih berusaha mendapatkan anak. Maka kita yang dah ada, hargailah setiap saat bersama anak.