Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Tuesday, 2 August 2011

Lagi tentang Susu Ibu.....

Penjagaan zat melalui penyimpanan susuibu.

Sebelum anda membuat persiapan untuk mengetahui tentang penyimpanan susu ibu, anda perlu tahu dulu istilah-istilah yang digunakan untuk susu ibu itu sendiri. Antaranya yang penting ialah:
  • EBM - express breast milk
  • FRESH EBM - susu yang baru diperah
  • CHILLED EBM - susu yg sudah diperah, dan disejukkan di dalam peti ais (bukan di rungan beku / freeze). Ia akan membentuk 2 lapisan (BUKAN BASI YE...)
  • FROZEN EBM - susu yang dibekukan.
  • THAWED EBM - susu beku yang telah dicairkan, dan tidak boleh dibekukan semula setelah dicairkan.

Bekas Yang Sesuai Digunakan

1. Bekas kaca (the best), tetapi sukar dikendalikan dan perlukan kos yang tinggi.
2. Bekas plastik atau botol susu (BPA FREE).
3. Bekas plastik berbucu keras seperti tupperware.
4. Bekas dadid - boleh digunakan sehingga 3 kali SAHAJA.
5. Breastmilk storage dlm bentuk liner khas untuk penyimpanan EBM.

Kadar / Tempoh Ketahanan Susu Ibu

1. Suhu Bilik
  • Bilik tak de aircond (suhu antara 25C - 37C) - tidak lebih 4 jam.
  • Bilik ade aircond (suhu antara 15C - 25C) - antara 6-8 jam, dimana suhu perlu stabil, maksudnye aircond sentiasa 'on' sepanjang masa.
2. Dalam Fridge/Freezer

  • Cooler bag/box - tahan antara 12 - 24 jam.
  • Peti sejuk 2 pintu - bahagian beku (suhu antara -18C - -20C), boleh tahan hingga 3 bulan, bahagian pintu bawah ( suhu antara 0C - 4C), boleh tahan 3-7 hari (sebelum  dibekukan) dan 24 jam (selepas dibekukan).
  • Peti sejuk 1 pintu - bahagian beku, 2 minggu
  • Freezer - tahan antara 6 bulan
Kaedah Penyimpanan

1. Pastikan kuantiti mencukupi setiap kali penyusuan. Contohnya, jika bayi minum 2oz tiap kali penyusuan, letakkan susu sebanyak 2-3 oz bagi setiap bekas.
2. Simpan di dalam bekas yang bersih dan tertutup.
3. Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan dilakukan.
4. Simpan di dalam peti sejuk, di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk bagi memastikan suhunya lebih stabil.
5. Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas tidak diisi terlalu penuh, maksudnye ada ruang untuk pembekuan susu berlaku.

EBM Basi???

EBM tidak mungkin akan basi, jika anda mengambil langkah2 penjagaan dan penyediaan dengan kaedah yang betul. Sewaktu penyimpanan berlangsung, mungkian akan berlaku perubahan dari segi warna dan rasa. Tetapi itu tidak bermakna ebm anda basi.Asalkan anda menjaga kebersihan sewaktu pengepaman atau perahan, menyimpan ebm dengan cara yang betul, memanskan ebm dengan cara yang betul, maka insyaAllah akan mengelak terjadinya ebm basi.

Jadi, ingatlah bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda.

All About EBM......

Ape makanan / minuman yg boleh meningkatkan production susu??

Pemakanan:
lobak putih
ikan semua jenis ikan ikan yu (tak penah mkn lg) ikan sardine, tuna, salmon
kurma
jantung pisang
kucai +tauhu+tougeh
petola
kentang rebus
longan kering (air mata kucing)
roti
biskut marrie
daun turi
susu/ soya
halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
pengaga
kacang buncis
sayur sawi
cheese
planta


Minuman:
air masak
susu
soya
nestum
oat
horlick
milo
jus buahan
buahan betik/honeydwe
rebusan buah pala
spirulina
air kelapa
rebusan air halba


Supplement yg perlu ambik:
omega 3
obimim
kalsium
vitamin c

Dah try semua d'atas ape lg yg perlu mommy buat??

Masa pengepaman:
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalou kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti tetek kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
jgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal

Jadual simpanan perahan susu ibu (EBM)
Tempat
Bayi matang @ cukup bulan
Bayi pra-matang @ tidak cukup bulan
Suhu bilik
4-8 jam
Tidak disyorkan
Peti sejuk 2 pintu (bahagian bawah)
48-72 jam
24 jam
Peti sejuk 1 pintu (bahagian pembeku)
Tidak disyorkan
Tidak disyorkan
Peti sejuk 2 pintu (bahagian pembeku)
3 bulan
3 bulan
Peti sejuk pembeku (-20c)
6 bulan
6 bulan
  • Sentiasa gunakan susu yang paling awal disimpan
  • Letakkan perahan susu ibu (EBM) yg disejukbeku di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman agar ia cair
  • Rendam bekas berisi EBM di dlm bekas yang mengandungi air suam
  • EBM tidak boleh dididih atas dapur atau di dalam ketuhar gelombang mikro utk tujuan mencairkan atau memanaskan kerana ia akan menyebabkan khasiat susu ibu hilang
  • Periksa kepanasan EBM dgn menitikkan pd lengan
  • Berikan EBM kepada bayi anda dengan menggunakan sudu atau cawan kecil utk menggelakkan berlakunya keliru puting
  • Setelah EBM dipanaskan, susu tersebut perlu digunakan dalam masa 1 jam
  • Baki EBM yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
·         Maklumat Tambahan
·         (berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)
·         1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
·         2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
·         3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
·         4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
·         5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.